KURIKULUM MALAYSIA
KURIKULUM MALAYSIA
Satu perancangan pendidikan yang sistematik secara berperingkat mengikut tahap umur seseorang dengan kemahiran dan keperluan mereka. Perancangan ini mestilah dibina dari kalangan cendekiawan cendekiawan yang ada di Malaysia bagi menyama-ratakan semua pendidikan di seluruh Malaysia. Bukan itu sahaja, kedudukan sesuatu maklumat diklasifikasikan bagi kesesuaian mengikut tahap umur seseorang. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur dengan limpahan Allah beri kepada kita semua berpeluang untuk merasai kenikmatan pendidikan. Tidak hairan oleh kerana apabila seseorang itu berwatak seorang yang berpelajaran adalah di kalangan orang berjaya. Perancangan ini didominasikan dari proses pengurusan kurikulum bagi menstabilkan status kerajaan yang mengutamakan sistem pendidikan untuk semua anak Malaysia.
Proses dalam pengurusan kurikulum adalah spesifik dengan pelbagai bentuk antaranya jawatankuasa, objektif dan fasa. Jawatankuasa dalam sistem pendidikan ini adalah bertujuan untuk menyeimbangkan sistem yang bersifat holistik ini dengan lantikan seorang yang sesuai dan berpengalaman dalam mentadbir. Syukur pada Ilahi dek kerana negara kita sudah utuh dan kental dari segi pentadbiran negara dalam sistem pendidikan yang di kalangan orang yang berwawasan dan dedikasi. Oleh sebab itu dari tahun 1957 pada Hari Kemerdekaan sehingga kini masih kekal warna dan corak pendidikan Malaysia walaupun ditimpa dengan pelbagai tohmahan dari bangsa lain. Saya rekodkan di sini Ahli Jawatankuasa Sistem Kurikulum Negara Malaysia bagi memberi pengenalan kepada pelajar pelajar di luar sana supaya mereka tahu siapakah di kalangan yang terdiri daripada ilmuwan yang terkenal.
PROSES PENGURUSAN KURIKULUM
Kurikulum adalah bidang pendidikan yang telah diselaraskan bagi mencapai objektif yang jelas halatuju. Oleh itu penyusunan kurikulum memerlukan pengurusan yang jitu. Pengurusan harus dilaksanakan supaya proses pendidikan tersusun sistematik. Pengurusan kurikulum abad sekarang selalunya disamaratakan taraf pemahaman dengan bilik darjah bagi mengukur penilaian pemahaman pelajar.
Definisi pengurusan ialah suatu kondifikasi dalam menggubal dan menstruktur etik yang terkandung dalam pendidikan. Tercatat di Malaysia mengandungi 100 bidang yang diterapkan dalam pembelajaran sama ada mahasiswa atau pelajar sekolah. Oleh itu, proses pengurusan haruslah dibina dalam setiap kurikulum yang ada di Malaysia supaya pembelajaran dapat ditapisi mengikut kemampuan pelajar dan tahap umur mereka.
Secara amnya, pengurusan ini adalah bertujuan bagi membina struktur kandungan pembelajaran dalam setiap kurikulum supaya para guru menjadikannya sebagai satu panduan untuk pengajaran sekolah.
KANDUNGAN BLOG ADALAH BERPERINGKAT
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - - > Taksonomi Bloom - - > Elemen Domain - - > Matlamat Domain - - > KBAT KSSM / KBAR KSSR - -> Pengajaran Mikro dan Makro - - > Hasil pembelajaran ABCDE - - > Penilaian Sistem Piawaian
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA PPPM
Target PPPM adalah dari tahun 2013 hingga 2025. Pencetus Ilham ini ialah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Gambar ini adalah tokoh Menteri Pendidikan Malaysia yang unggul dan ilmuwan tinggi iaitu namanya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ianya telah dilancarkan pada 6 September 2013 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ia mengandungi lima aspirasi sistem dan enam ciri murid yang akan dicapai dalam tempoh 13 tahun, bermula dari tahun 2013 hingga 2025. Ianya merupakan manifestasi transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan besar bagi murid dari pra sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi, dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara.
Foto ini adalah menggambarkan Lima Aspirasi Pendidikan yang digubal ke dalam PPPM yang dibina oleh YAB Tan Sri Muhyiddin.
Apabila kita perhatikan fokus beliau sememangnya selaras dengan konsep Taksonomi Bloom yang terdiri daripada 3 elemen penting. Akan diterangkan iaitu Kognitif Afektif dan Psikomotor. Segala objektif pendidikan Malaysia adalah bertujuan kepada keharmonian rakyat Malaysia dalam segala aspek aktiviti dalam dan luar.
Sekiranya kita perhatikan satu permasalahan yang dikatakan perkara yang baru berlaku iaitu Home Learning. Adakah tercapai objektif sekiranya Home Learning dilaksanakan di Malaysia?
Saya terbaca akhbar berkaitan Home Based Learning. Hasil kajian daripada ilmuwan ilmuwan yang ada tidak bersetuju dalam meneruskan Homed Base Learning. Antara saya petik daripada Berita Harian
Keberkesanan amat kurang efektif terutama sekali elemen psikomotor atau sosialisasi. Tidak akan tercapai matlamat keharmonian rakyat sekiranya sistem Home Based Learning diteruskan
Ini adalah salah satu contoh terbaik dari kalangan pelajar yang harus kita contohi. Bukan sahaja di sekolah dapat ilmu bahkan kawan sebagai peneman diri kita sepanjang hayat.
PPPM ini tidak akan capai tahap maksimum sekiranya tiada keberlakuan gelombang transformasi. Tercatat di akhbar Malaysia bahawa untuk melestarikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan menempuh ketiga tiga gelombang tersebut iaitu,
Gelombang Pertama : dari tahun 2013 hingga 2015 memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program.
Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.
Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan.
Gelombang Kedua : dari tahun 2016 hingga 2020
Kementerian melaksanakan perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baru dan penstrukturan semula kementerian.
Kurikulum standard sekolah rendah dan menengah yang disemak semula juga akan diperkenal dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.
Gelombang Ketiga : dari tahun 2021 hingga 2025 dalam
fokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran, dalam usaha membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.
Alunan gelombang tersebut adalah disebabkan keselarasan struktur Taksonomi Bloom. Apakah makna Taksonomi Bloom pula? Aspek ini dinamakan teori pendidikan yang paling masyhur dipraktikkan sehingga dalam PPPM pun mengamalkan teori ini. Jom mari saya terangkan.
TAKSONOMI BLOOM
Teori ini diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956 masihi. Beliau mengkategorikan kemahiran dan objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Definisi ringkas mengenai domain tersebut iaitu kognitif ialah ukuran kemahiran intelektual. Manakala afektif pula pembaris kemahiran generik mengikut pengalaman pelajar. Akhir sekali, psikomotor ialah pemerhatian kemahiran praktikal dan teknikal.
Siapakah Benjamin Bloom??
Namanya adalah Benjamin Samuel Bloom, lahir pada 21 Februari 1913 di Pennsylvania. Dia adalah seorang pengkaji yang luar biasa. Masa mudanya telah mencapai tahap ilmuwan yang tinggi dek atas bahan bacaan yang holistik. Bukan itu sahaja, akal beliau sangat cepat dalam hafalan sesuatu karangan.
Benjamin adalah ahli falsafah psikologi yang unggul pada zamannya. Dia memperoleh sijil Phd Falsafah ini pada tahun 1935. Sangat mengagumkan prestasi beliau. Kursus yang beliau ambil sering berkaitan dengan falsafah pembelajaran.
Mari kita lihat maksud di sebalik Taksonomi Bloom ini.
Taksonomi Bloom adalah klasifikasi kepelbagaian objektif sesuatu subjek dan kemahiran pengajaran untuk membentuk peribadi dan minda pelajar. Bagaimanakah aplikasinya?
Saya berikan bentuk kemahiran dan skill pengajaran yang sering digunakan dan begitu berkesan dalam kawalan bilik darjah.
SEJARAH TAKSONOMI BLOOM
Perkataan Taksonomi adalah dipetik Istilah Bahasa Yunani pecahan daripada indeks "tassein" bererti klasifikasi dan "nomos" bererti aturan. Gabungan kedua dua nya membawa maksud Klasifikasikan Aturan Pembelajaran.
Klasifikasi ini adalah kepelbagaian aktiviti demi mencapai objektif dan juga mengikut aturan elemen elemen yang telah ditetapkan atas peringkat kognitif pelajar.
Bermula tapak Taksonomi Bloom ini ketika awal tahun 1950 an, dalam Konferensi Asosiansi Psikolog Amerika. Bloom dan kawan kawannya mengemukakan bahawa evaluasi hasil belajar yang banyak disusun di sekolah ternyata peratusan terbanyak butir soal yang diajukan hanya meminta pelajar untuk mengutarakan hafalan mereka. Konferensi tersebut hanya lanjutan dari konferensi yang dilakukan pada tahun 1948. Menurut Bloom, hafalan sebenarnya merupakan tingkat terendah dalam aras kognitif manusia dalam kemampuan berfikir - thinking behaviour. Masih banyak lagi tingkat yang tinggi selain menghafal. Boleh lihat di senarai aras pengajaran di atas.
Akhirnya pada tahun 1956, Bloom, Englehert, Furst, Hill dan Krathwohl berhasil mengemukakan kerangka konsep kemampuan berfikir yang dinamakan Taxonomy Bloom. Oleh itu, konsep tersebut adalah suatu struktur hierarki yang mengidentifikasikan kemahiran mulai tingkat rendah hingga puncak.
Ini adalah hierarki berbentuk piramid bagi memudahkan kefahaman dan simpanan pemerhatian setiap pengkaji teori. Sangat simple dan tersusun bentuk lakaran Taxonomy Bloom ini.
Apakah Elemen yang terkandung dalam Taxonomy Bloom ini? Jom saya terangkan lebih lanjut satu persatu.
DOMAIN KOGNITIF
Kognitif adalah kemahiran akal dan minda untuk berfikir. Beberapa aspek yang terdiri daripada kognitif antaranya :
PENGETAHUAN : iaitu kemampuan akal mengingat kembali apa yang telah dipelajari
PEMAHAMAN : iaitu kemampuan untuk mengerti sesuatu yang kompleks setelah diingat.
APLIKASI : iaitu kemampuan untuk menerapkan informasi dalam situasi nyata yang merangkumi penggunaan peraturan.
ANALISIS : iaitu kemampuan untuk menguraikan suatu bahan menjadi bahagian yang lebih kecil dan mampu memahami faktor terjadinya bahan tersebut.
SINTESIS : iaitu kemampuan untuk memproduksi bahan yang abstrak kepada utuh dan konkrit.
EVALUASI : iaitu kemampuan menilai manfaat sesuatu bahan untuk objektif spesifik berdasarkan kriteria yang jelas.
DOMAIN AFEKTIF
Afektif adalah kemahiran menilai sesuatu yang berkaitan dengan nilai murni dan perasaan. Terdapat beberapa faktor keberhasilan afektif di kalangan pelajar iaitu :
PENERIMAAN : iaitu menerima rangsangan dari luar yang datang dalam bentuk masalah. Oleh itu penerimaan juga boleh dikatakan kemahuan untuk memperhatikan suatu kegiatan.
TANGGAPAN : iaitu kemampuan menanggapi untuk mengikutsertakan secara aktif dalam fenomena tertentu.
PENILAIAN DAN PENGHARGAAN : iaitu memberikan nilai dan penghargaan sehinggakan sekiranya tidak laksanakan maka prospek mengalami perasaan yang rugi.
PENGORGANISASIAN : iaitu mempertemukan perbezaan nilai sehingga terbentuk nilai yang universal bagi membawa perbaikan umum.
DOMAIN PSIKOMOTOR
Psikomotor adalah kemampuan terhasil daripada motoric manusia yang berupa keterampilan untuk melakukan sesuatu. Domain ini dikelaskan kepada beberapa bahagian iaitu :
PERSEPSI : iaitu penggunaan alat indera untuk menjadi pegangan dalam membantu gerakan.
KESIAPAN : iaitu kemampuan untuk menempatkan dan menetapkan diri ketika melakukan gerakan.
RESPON TERPIMPIN : iaitu kemampuan imitasi atau gerakan cubaan yang kompleks.
MEKANISME : iaitu membiasakan gerakan sehingga tampil dengan meyakinkan dan cekap.
RESPON TAMPAK YANG KOMPLEKS : iaitu gerakan motoris yang terampil terdiri dari pola pola gerakan yang kompleks.
PENYESUAIAN : iaitu kemampuan dalam adaptasi gerakan yang kompleks dalam situasi tertentu.
Kesimpulannya kesemua domain tersebut didapati ada dalam definisi Sistem Pendidikan Malaysia iaitu KBAT KSSM KBSM.
ELEMEN KBAT KSSM KBSM
KBSM adalah pendidikan bersepadu ditakrifkan sebagai proses pembentukan pelajar dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, pemupukan nilai-nilai murni dan perkembangan jasmani yang dilakukan secara menyeluruh ke arah mewujudkan insan yang baik.Proses ini berlaku serentak, selaras dan sentiasa terikat kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
KBSM mula dilaksanakan pada tahun 1988 dan ditukarkan kepada KSSM pada tahun 2017. Apakah maksud KSSM?
KSSM ialah Pendidikan Khas yang dilaksanakan di sekolah menengah akan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), yang digubal berlandaskan Kerangka KSSM yang mempunyai enam tunjang, iaitu Komunikasi, Kerohanian, Sikap & Nilai, Kemanusiaan, Keterampilan Diri, Perkembangan Fizikal & Estetika serta Sains & Teknologi. Hasratnya supaya melahirkan insan yang seimbang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Tujuan KBSM ditransformasikan kepada KSSM bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang mahu meningkatkan standard kandungan dan standard pembelajaran supaya setanding dengan standard antarabangsa, serta memastikan kurikulum yang sesuai dan relevan disediakan bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBK). Kemahiran Abad 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menjadi elemen utama mengangkat KSSM.
KBAT adalah elemen utama yang terkandung dalam sistrm pendidikan KSSM. Apakah erti KBAT pula?
KBAT adalah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi iaitu keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
TUJUAN KBAT DIUTARAKAN :
1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik
Kurikulum Standard dibangunkan mengikut suatu kriteria yang ditetapkan berdasarkan alam persekolahan. Ia diterjemahkan melalui Standard Kandungan,Standard Pembelajaran dan Standard prestasi. Dokumen yang Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) digunakan bagi melaksanakan kurikulum semua mata pelajaran di bawah KSSM.
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan di sekolah - sekolah mulai tahun 1989 seterusnya pada 1998 ia ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 2017 kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah. KBSM digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara.
Terdapat PERBEZAAN diantara KBSM dan KSSM dalam
rekabentuk kurikulum. Kerangka kurikulum KBSM berdasarkan 3 bidang iaitu komunikasi,manusia dan alam sekeliling serta pembangunan diri individu. Manakala KSSM berasaskan kepada 6 tunjang iaitu komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, Sains Teknologi , engineering dan Matematik (STEM), serta kerohanian ,sikap dan nilai.
Rekabentuk kurikulum KBSM juga adalah berasaskan hasil pembelajaran manakala KSSM berasaskan Standard kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi
Dokumen kurikulum.
KBSM menggunakan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran manakala KSSM menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Peruntukan masa KBSM memperuntukkan masa mengikut minit seminggu manakala KSSM minimum jam setahun.
Organisasi kurikulum KBSM dan KSSM mempunyai organisasi kurikulum yang sama iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib, mata pelajaran tambahan dan matapelajaran elektif.
KBSM dan KSSM menekankan pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek. Tetapi tambahan di dalam KSSM ialah pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah, pendekatan konstruktivisme, pendekatan Science Technology ,Engineering and Mathematics (STEM).
Jenis pentaksiran di dalam KBSM hanyalah secara sumatif dan formatif sahaja, manakala pentaksiran KSSM adalah berdasarkan Pentaksiran disuratkan dalam DSKP sebagai Standard Prestasi.
Kesimpulan dari penerangan sistem pendidikan tersebut, tidak akan terlepas dari pengajaran Mikro dan Makro. Kedua dua ini adalah aspek paling utama dalam meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia. Mari saya terangkan secara sumatif mengenai Mikro dan Makro.
PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO
Mikro dan Makro ini bermaksud penguasaan pengajaran di kalangan guru secara ringkas (minor) dan mendalam (major). Pengajaran ini saya kelaskan kepada tiga kategori iaitu :
1. PEMBELAJARAN FORMAL
• Pembelajaran yang diperolehi melalui satu sistem pendidikan yang dilembagakan dan disusun secara berperingkat2 berdasarkan umur seseorang individu.
TUJUAN pembelajaran ini adalah
• Untuk mengembangkan domain kognitif ( aspek mental ), afektif ( nilai dan sikap ) dan psikomotor ( kemahiran ) seseorang murid atau pelajar dikelolakan oleh seorang individu yang terlatih seperti guru-guru diperingkat rendah
( menengah, pensyarah diperingkat universitI). Penekanan
adalah aspek penilaian. Oleh itu tenaga pengajar sering mengadakan ujian dan peperiksaan.
CIRI-CIRI PMBLAJARAN FORMAL
1. Berlaku secara disedari murid, dan ia dilakukan secara nyata dan disengajakan
2. Berasaskan sukatan pelajaran atauu kurikulum yang digubal mengikut dasar dan aspirasi Negara.
3. Diterima secara langsung dan dikendalikan oleh sesuatu institusi bertauliah dan dilembagakan seperti disekolah maktab atau universitI.
4. Berasaskan struktur yang tertrntu, iaitu dengann tujuan, cara perlaksanaan dan cara penilaian yang nyata.
5. Berlaku dalam satu tempoh masa yang tertentu, misalnya, pendidikan prasekolah 1 tahun, pendidikan rendah 6 tahun dan pendidikan sekolah menengah 7 tahun.
2. PEMBELAJARAN INFORMAL
• Pembelajaran yang berlaku scara tidak terancang serta tidak disedari.
• Pembelajaran tidak sengaja kerana pengetahuan dan kemahiran diperolehi daripada situasi yang tidak dsediakan terlebih dahulu.
• Individu mengalami pembelajaran disepanjang hayatnya melalui interaksinya dengan ibubapa, adik beradik, rakan sebaya dan ahli masyarakat yang lain atau dari pekerjaan dan aktiviti sosial, lawatan serta pendedahan melalui peristiwa semasa dan media massa seperti buku, surat khabar, radio, tv dan sebagainya.
• Berlaku dimana-mana tempat dan pada sebarang masa tetapi tiada satu siri program yang tersususn atau objektif khusus untuk menyampaikan pemblajaran.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN INFORMAL
1. Berlaku secara berterusan dan berlaku sepanjang hayat
2. Tidak semestinya disampaikan oleh guru, ibubapa, orang dewasa atau media massa juga boleh mendatangkan pembelajaran.
3. Tidak mempunyai matlamat atau objektif tertentu
4. Diterima secara tidak langsung atau tidak disedari, tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran.
5. Diserap secara tidak sedar dari persekitaran melalui pemerhatian, perbualan dan pengalaman.
3. PEMBLAJARAN NON-FORMAL
• Pembelajaran yang berlaku di luar bilik darjah atau selain daripada bentuk tradisi sistem formal.
• Dirancang dengan rapi dan mempunyai objektif yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
• Mudah diubah-ubah dari segi masa dan tempoh pelajaran, umur pelajar, isi kandungan, kaedah pengajaran dan prosedur penilaian.
• Kemudahan atau peluang pembelajaran bagi pelajaran ini disediakan oleh organisasi agama, pertubuhan sosial, agensi kerajaan dan syarikat swasta.
CIRI-CIRI PEMBLAJARAN NON-FORMAL
1. Disifatkan pemblajaran yang terletak di antara pembelajaran formal dan pembelajaran tidak formal.
2. Tempat-tempat formal seperti dewan sekolah, bilik darjah, pusat-pusat latihan dan bilik persidangan jabatan, hotel atau balai raya digunakan.
3. Mempunyai tujuan dan objektif yang jelas seperti juga pembelajaran formal.
4. Tidak mempunyai kurikulum yang tetap. Isi kandungan yang disampaikan berubah mengikut jenis kursus yang disampaikan.
5. Biasanya menekankan kemahiran yang berkaitan dengan tugasan atau kehidupan seharian. Seperti kursus kekeluargaan untuk ibubapa atau bakal suami dan
isteri.
Menurut flanders, dalam proses pengajaran dan pemblajaran terdapat 10 gaya interaksi antara individu:
1. Bersyarah.
2. Membeeri arahan.
3. Mengkritik.
4. Menerima perasaan murid
5. Memuji atau member dorongan
6. Menerima pdapat atau idea murid
7. Menyoal murid
8. Percakapan murid melalui tindak balasnya
9. Percakapan murid melalui inisiatif murid sendiri
10. Keadaan kesenyapan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga boleh menjadi satu gaya interaksi.
Sesudah penerangan Mikro dan Makro, lampirkan juga Hasil Pembelajara Eksplisit bagi mengukur tahap pencapaian setiap pelajar. Bagaimanakah kiraan tahap pencapaian pelajaran di Malaysia?
HASIL PEMBELAJARAN EKSPLISIT (ABCDE)
Audience (Peserta) :
Identifikasi peserta pelatihan menjadi hal penting dalam merumuskan tujuan pembelajaran. Beberapa hal yang perlu diperhatikan dari peserta pelatihan diantaranya adalah, Siapa yang menjadi sasaran?
Behavior (Perilaku) :
Perilaku pada bagian ini mengacu pada perilaku yang harus ditunjukkan peserta pelatihan di akhir sesi pembelajaran. Dalam menentukan perilaku harus se-spesifik mungkin dan menghindari kata-kata yang sulit untuk diukur.
Condition (Kondisi) :
Kondisi pada bagian ini merujuk pada kondisi di mana peserta pelatihan diharapkan dapat mencapai perilaku yang ditargetkan. Kondisi ini dapat diartikan sebagai stimulus untuk peserta.
Degree (Tingkatan) :
Elemen terakhir ini digunakan untuk mengukur capaian tujuan pembelajaran. Hal ini berkaitan dengan elemen kedua, perilaku. Pada elemen kedua ditekankan bahwa penentuan kata kerja harus spesifik dan terukur.
CARA MENULIS OBJEKTIF P&P
Audience SIAPA? - individu yang mempamerkan tingkah laku @ sasaran yang difokuskan. - sasaran : murid-murid & peserta.
Behavior/ perlakuan APA? - perlakuan yang nyata & mudah dilihat. - contoh : membaca, mengira, menulis dan menyebut.Antara perkara penting yang boleh dijadikan panduan semasa menulis objektif p&p.
Condition/situasi - menyatakan situasi dalam mana perlakuan itu dipraktikkan. - contoh : secara berkumpulan, individu.
Degree/pencapaian - menetapkan pencapaian minumum yang diharapkan dapat dicapai oleh pelajar. - Tujuan : untuk mengetahui kebolehan & keupayaan mereka.
Contoh:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran: Pelajar dapat menyenaraikan perkara yang membatalkan wuduk di dalam buku latihan sekurang-kurangnya 5 daripada 10 yang telah dipelajari. Siapa? Perlakuan? Situasi? Pencapaian?.
Bagaimanakah Evaluatian kategori E daripada Hasil Pembelajaran?
Evaluasi adalah bermaksud Penilaian. Penilaian akan kami terangkan secara detail mengikut kiraan piawaian yang disahkan.
PENILAIAN TAHAP PIAWAIAN
Penilaian diukur mengikut kiraan Formatif dan Sumatif. Ada dua cara penilaian yang diautonomikan iaitu penilaian pencapaian pelajar samada formatif atau sumatif dan penilaian kriteria guru dalam pengajaran bilik darjah.
Penilaian ini harus dilaksanakan bagi kestabilan pemahaman pelajar ketika di dalam bilik darjah. Dengan ada penilaian, tahap keupayaan pelajar dapat diukur dan disijilkan secara jelas dan nyata.
Penilaian haruslah mengandungi Rubrik Khusus untuk deskriptorkan di kalangan pelajar. Penilaian juga adalah usaha terakhir bagi melanjutkan implementasi pengajaran guru.
Contoh contoh penilaian yang baik yang saya dapati dari kalangan guru cemerlang adalah seperti berikut :
Akhir sekali, telah sampai ke penghujung bicara tentang kurikulum Malaysia yang stabil dan utuh. Saya hanya berkongsi kefahaman saya dan juga saya meringkaskan pandangan saya di setiap aspek dalam kurikulum Malaysia.
Sayugia saya sarankan kepada semua pembaca dapat berkongsi antara kita semua bagi meningkatkan pendidikan Malaysia untuk kesinambungan manusia dari segi intelektual.
Sekiranya ada persoalan :
Boleh hubungi saya,
Muhammad Akmal Aizat bin Ramli (L20212012095)
01164552303
Diiringi dengan rakan saya,
Nur Hakimah binti Abdul Latif (L20212011929)
01156622532
Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment